Wednesday, August 3, 2011

ISTIMEWANYA KAUM HAWA ALLAH S.W.T CIPTAKAN....SUBHANALLAH

Sue dapat doc ni dr seorang kawan FB....jom kita renung2kan dan..selamat beramal...pada kaum adam..sayang dan hargailah wanita-wanita yg berada di sisi anda... :))


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah)lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda,... "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W...."Ibunya. "

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Tuesday, August 2, 2011

DUGAAN BAZAAR RAMADHAN....IMAN KENA KUAT NI..hehe

Saban tahun setiap kali menjelang Ramadhan...semua umat manusia akan mula pasang niat nak tambah amal ibadat, amal jariah, dan paling disukai ramai..tambah pendapatan yg bole dikatakan pendapatan lumayan gak la kan...dan memang ramai nak berniaga kt bazaar ramadhan atau pasar ramadhan...itu untuk yg meniaga...

Kalau bg kita yang x reti niaga, tau tunjuk2 je...maklumla..sibuk keje ofis kan..mna nk sempat nak masak..tambah jem kt jln otw blk rumah lg...bazaar ramadhan ibarat dapur kita tuk sepanjang bulan ramadhan..kalau tak beli lauk pauk pun..(dah masak sendiri kt rumah) mesti nak beli kuih muih,murtabak..air katira, air soya..dan banyak lagila kan....disinila yg mengganggu gugat iman kita yg tersedia maklum mesti rambang mata dan anak tekak....perut tengah kosong..semua nampak sedap belaka...



Korang rasa kalau bawak sepuluh ringgit, cukup tak? haaa...sue dah buat tadi..bawak sepuluh hengget je..(xleh bwk lbh walau 5 hengget..msti over bajet) dan...jeng3....dapat beli kuih muih 8 ketul td...sayur lemak jantung pisang dengan kari ayam 3 ketul...muahahaha...cam x caya je...sebab tahun2 yg lepas..belanja makan tuk buka puasa mesti lebih dr hari2 biasa...tu yg tekad tahun ni..nak amalkan amalan berjimat cermat...telah kusematkan dalam diri dan anak2 sue, beli yg betul2 nak mkn..kalau beli lbh, mmg x hbis..simpan peti ais, dh x sedap, tong sampah masuk...kannnnn...

so memang kena kuatkan iman bila melangkah ke bazaar ramadhan..nampak tu nk beli...nampak ni nak beli gak..banyak sungguh dugaan....nikmat berpuasa rasa jd sia2 je kaalu x kawal nafsu yg satu ni...so apalagi...kalau anda rasa anda telah berjaya sblm sue, kongsi2 lah cerita2 kt sni yek...bebel bnyk dh ni...jemu lak...ada yang nak baca ke?

salam ikhlas ramadhan

Monday, August 1, 2011

JADUAL WAKTU BUKA PUASA DAN IMSAK BAGI TAHUN 2011



Di bawah ku sediakan(kopi pes) jadual imsak dan berbuka puasa yang disediakan dalam bentuk pdf. Jadual ini juga diambil dari anastasyea.com. Terima kasih banyak-banyak kepada Miss anastasyea di atas kerajinan beliau berkongsikan kesemua jadual ini.
Kepada semua pembaca blog ini, Sue mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa. Moga Ramadhan kali ini membawa rahmat dan keberkatan kepada kita semua.., Amin.

    Jadual waktu buka puasa dan Imsak 2011/1432H bagi setiap negeri di seluruh Malaysia. 

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA

SELANGOR

SELURUH NEGERI MELAKA

JOHOR

PERAK

SARAWAK

SABAH

TERENGGANU

KELANTAN

PAHANG 



NEGERI SEMBILAN

KEDAH




Sumber Rujukan: Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak 2011 | Anastasyea Aida |