Sunday, October 30, 2011

Johan Ariff Asari si Botak Juvana Idaman Hati terhangat!

Haii...slalu sunyi je blog  ni..maklumlah..kesibukan memanjang dan masa yg membataskan diriku..tambah lagi..otak beku sesangat sbnrnye nk buat entry baru..huhu..

Tetiba...masa tengok Melodi kt TV3 tadi..masa interview Johan aka Botak..terkeluarlah entry ni..hehe..bukan apa..sbb sekarang rasa2nye memang tgh top Johan ni...sejak Juvana, dah banyak gak drama yg dia berlakon. Beberapa hari lepas, ada sembang2 mak limah ngan kengkawan fb, memang ramai peminat Johan ni..dr mak budak..sampai ke anak dara...anak dara tu biasalah..tp aku pun minat gak..hehe

Bukan nk citer apa sebab tak banyak yg Sue tau pasal Johan Asari tapi...untuk pertama kalinye dapat tgk karektor sebenar Johan masa kt Melodi tadi..bicaranye..lembut je..gentlemen sangat..xde mcm kebnyakan watak2 yg dia lakonkan..smua bila bukak mulut..suara mesti nk tinggi..tengking2..huhu..ntah kenapa pengarah2 banyak offer dia watak ala2 samseng..cuba bg watak yg lain2..baru dpt uji kemampuan anak muda ni sekaligus dapat mengikis sisi samseng yg nmpk mcm sebati je dgn Johan.

Dan...siapa sangka kan? anak muda ni pernah belajar sekolah pondok agama kt Indonesia selama 2 tahun.
Jom kita tengok profile Botak ^_^


BIODATA
NAMA SEBENAR: JOHAN ARIFF ASARI
UMUR: 25 TAHUN (lahir 1986)
ASAL: PULAU PINANG
PENDIDIKAN: Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), pernah mendapat pendidikan kelas tahfiz selama dua tahun di Batam dan Jambi, INDONESIA
KEBOLEHAN : MENGHAFAL 1 SETENGAH JUZUK AL-QURAN
SEORANG YANG KELAKAR DAN PERAMAH, SEORANG YANG MERENDAH DIRI.

cute je muka Johan..hehe


Dan sini ada skit petikan dari Utusan Malaysia(mungkin ramai yang dah tau and dah baca, takpe..kita baca lagi..hehe)

Dalam Juvana, dia serius dan ganas tetapi realitinya Johan Arrif seorang yang kelakar. Barangkali kerana masih baru dalam dunia lakonan, Johan amat merendah diri, malah segera memohon maaf setiap kali berasakan terlalu banyak bercakap, bimbang ada yang tidak selesa dengan sikapnya itu.
Sengaja mengusik, sikapnya itu mungkin sementara. Setelah dikenali, dia mungkin akan berubah sikap. Tetapi Johan yang berkemampuan menghafaz dua juzuk surah ini berharap tidak berubah sikap apabila dikenali nanti.
“Memang tak dinafikan selepas episod pertama Juvana, ada yang mula memanggil saya dengan panggilan Botak. Waktu itu saya sedang makan di Perlis. Terkejut juga apabila ada yang memanggil nama watak saya. Saya akan membiasakan diri dengan keadaan itu.
“Saya minat berlakon. Tidak salah untuk meminati bidang lakonan dan agama dalam satu masa sama kerana yang penting niat kita.
“Bagaimanapun janganlah panggil ustaz atau hafiz kerana saya hanya mampu hafaz satu setengah juzuk al-Quran saja. Saya pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam, Indonesia selama setahun tetapi berhenti kerana tidak tahan dengan disiplin ketat yang dikenakan. Alhamdulillah keluarga tidak halang minat saya dalam lakonan, asalkan tahu menjaga nama baik keluarga,” kata penuntut Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling itu.
Pertama kali memegang teraju utama adalah pengalaman menyeronokkan. Masih berbaki tiga semester untuk tamat pengajian, Johan meluahkan rasa beruntung kerana berlakon di sisi nama hebat seperti Bront Palare, Zahiril Adzim, Beto Khusairy dan Datuk Kuswadinata.
“Bront ada menitipkan ilmu yang sangat berguna. Dia kata untuk menjadi pelakon, ada dua perkara yang perlu dititik beratkan iaitu pendengaran dan pernafasan. Nasihat itu akan saya pegang.
“Begitu juga Zahiril. Dia menjadi rujukan kami ketika di lokasi. Dia nasihat saya supaya memastikan intonasi serta gaya lakonan konsisten dari episod pertama hingga akhir. Jadi saya agak bimbang jika tidak memberikan lakonan yang konsisten,” kata Johan.
Kesungguhan untuk menjadi pelakon yang baik disebabkan minat yang sudah tertanam sejak di sekolah lagi. Johan dikatakan menangis ketika di lokasi kerana tidak mampu mengekalkan intonasi dan gaya lakonan yang sama. Perkara itu didedahkan oleh Syazwan dan Adam.
Kata mereka, disebabkan terlalu menghayati watak Botak juga, Johan tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam.
DAN JUGA SINI- BOTAK TENGGELAMKAN JOHAN
Terima-kasih-sudi-membaca-entry-sue-


Wednesday, October 26, 2011

Happy Diwali to Indian friends..^_^

Just to wish all Indian all over the world, Happy Harmony Diwali/ Deepavali .



jom kita menari...hehehe